Pada awal bulan Ogos 2011, Pekan Bagan Datoh dikejutkan dengan kebakaran sebaris bangunan kedai kayu di Pekan Bagan Datoh. Ia melibatkan kedai simpanan perabot, cenderahati,kedai gunting rambut dan salon rambut. Oleh kerana bangunan lama ini diperbuat daripada kayu maka kebakaran ini telah meranapkan barisan deretan bangunan kedai tersebut. Menurut sumber yang dipercayai ianya disebabkan litar pintas dari pendawaian komputer dari premis Mesin Kuda yang beroperasi secara haram bahagian belakang bangunan kedai tersebut.
Kurang sebulan dari itu sebuah kedai Mini Market Sri Cahaya yang mempunyai premis Siber Cafe turut terbakar. Kebakaran ini juga disebabkan litar pintas dari premis Siber Cafe dalam Mini Market tersebut. Mujurlah kedai mini Market ini diperbuat daripada batu yang menyebabkan kebakaran tersebut dapat dikawal oleh Bomba Sukarela yang terdapat di Pekan Bagan Datoh serta dibantu oleh Pasukan Bomba dari Balai Bomba Hutan Melintang.
Beberapa tahun sebelum ini sederet bangunan kedai kayu di Pekan ini telah terbakar dan bangunan baru yang diperbuat daripada batu telah dibina. Ini merubah sedikit imej Pekan Bagan Datoh daripada imej "Pekan Koboi" selama ini. Semoga dengan adanya Sekolah Sains Bagan Datoh (SABDA) dan pembangunan lain yang akan dibina iaitu Maktab Rendah Sains Mara (MRSM Bagan Datoh) dan pembinaan Limbungan Kapal NGV Tech di Bagan Datoh akan menambah populasi penduduk dan meningkatkan ekonomi Pekan Bagan Datoh pada masa akan datang.
Camner Premis Mesin Kuda boleh beroperasi kat Bagan datoh yek.....??? Dengo cerite operasi Mesin Kuda dah bertuko ke sebelah kedai Hotlink....
BalasPadamPerlu siasatan dan tindakan daripada pihak berwajib ni....
Hari ni 20hb Ogos 2011 (Sabtu) jam 3pagi 3 buah rumah di Parit 21, batu 13 telah terbakar yang melibatkan seorang lelaki terkorban......Musim panas dan bermain mercun boleh menyebabkan tragedi ini berlaku...Oleh itu AWAS.....
BalasPadambuat kapal perang di BD ...hebatt,,,tahniahhh
BalasPadam