Mulai tanggal 27hb Julai 2011, Komplek Penerangan Pelancongan Bagan Datoh telah beroperasi di bawah pengurusan MBM Advanced Engineering & Information Sdn. Bhd bagi pihak Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI). Komplek Penerangan Pelancongan Bagan Datoh ini menempatkan Ruang Serbaguna - mini pentas, Kiosk, Bilik Sewa, Bilik Seminar, Surau serta tandas. Bagi menarik pengunjung ke Komplek ini pihak MBM sedang membuka peluang kepada warga Bagan Datoh untuk berniaga di premis ini. Gerai Makanan untuk jualan Satay, Ikan Bakar dan Yoong Taw Foo telah dikenalpasti untuk disewakan kepada mereka yang berminat untuk mengusahakan perniagaan tersebut di Komplek ini.
Pihak Pengurusan MBM turut menempatkan Pejabat Homestays Bagan Datoh, kiosk jualan kraftangan, menyediakan perkhidmatan sewaan bilik, sewaan bilik seminar@kursus serta tapak gerai berbumbung dan tidak berbumbung. Mereka yang berminat boleh menghubungi pihak MBM di talian: Pak Usop di talian 010 8992811 atau Pak Isa - 013 3914000
Pada 15hb Ogos 2011, pihak pengurusan MBM telah membentangkan kertas kerja kepada Yang Berhormat Dato' Seri Dr. Hj. Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Bagan Datoh bagi menaiktaraf infrastruktur Kompleks ini dan perancangan pihak pengurusan pada masa hadapan bagi menjadikan Bagan Datoh sebagai destinasi pelancongan dan pintu masuk laluan laut ke Indonesia setaraf seperti di Pelabuhan Kelang pada masa hadapan. Semoga perancangan pihak MBM yang dimiliki oleh Bagan Datoh Holding (M) Sdn. Bhd. ini akan terlaksana dan sebagai warga Bagan Datoh dapatlah kita bersama mendokong merealisasikan perancangan MBM ini.
Semalam sempat singgah kat KPPBD ni.... singgah tengok terdpat beberapa kiosk yang rosak fizikal akibat vandalisme!!! Kunci Tandas lelaki juak rosak. Terdapat cermin yang pecah angkara individu yang tak bertanggungjawab....! Harap pihak pengurusan dapat perbaiki infrastruktur yang rosak sebelum KPPBD ni beroperasi sepenuhnya...!!!
BalasPadammemang pecah..banyak sgt area jeti tu remaja2..muda mudi melepak buang masa..nak sangka baik.mungkin bincang kerja sekolah ke??..dewan baru tu..tak banyak fungsi..baiki kemudahan yg ada dulu..tandas awam bagan datoh pekan pun mcm tak de function je..boleh tak banyakkkan ceramah motivasi utk remaja2 bagan datoh..ceramah remaj unggul ke.didik dorang dari soal akhlak...ibadah....sahsiah..aqidah..biar molek..baru trdidik budak2 tu..n takde la kluar yg namanya nanti individu yg tak brtanggung jawab..perlu tekankan sahsiah dulu..baru kasi bantuan tu semua..kalau tak penat je kasi dan berhabis bagi bantuan..itu ini..tapi last2 tak dihargai..sebab dorng taktau nilai perkara2 mcm tu..tolong jgn ajar dorang hidup untuk duit..ajar dorang duit untuk hidup..kita masing2 khalifah muka bumi allah ni..harap maklum..pihak bertanggungjawab perlu sedar itu..mungkin saya sedar..tapi ramai lagi diluar sana tak ambil kisah soal ini..
BalasPadam